Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JKR Sarawak menang anugerah berprestij antarabangsa 2025 Going Digital
  • SEMASA

JKR Sarawak menang anugerah berprestij antarabangsa 2025 Going Digital

Utusan Sarawak 1 day ago
JKR Sarawak melakar sejarah apabila meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi Anugerah 2025 Going Digital anjuran Bentley Systems dalam kategori Jalan Raya dan Lebuhraya. Foto JKR Sarawak

AMSTERDAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melakar sejarah apabila meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi Anugerah 2025 Going Digital anjuran Bentley Systems dalam kategori Jalan Raya dan Lebuhraya.

Anugerah berprestij itu disampaikan di Amsterdam semalam sebagai pengiktirafan terhadap inovasi digital yang diterapkan JKR Sarawak dalam pelaksanaan Projek Rangkaian Jalan Raya Sabah Sarawak Fasa Dua (SSLR2) yang menekankan pendekatan pembangunan infrastruktur mampan.

Menurut Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris, anugerah tersebut mencerminkan usaha jabatan itu dalam menggabungkan inovasi teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam setiap aspek penyampaian projek.

“Kami berbangga dapat mempersembahkan kepada panel antarabangsa bagaimana pendekatan digital digunakan bagi memastikan pelaksanaan projek yang mampan, khususnya dalam projek SSLR2 yang melibatkan kawasan berbukit di utara Sarawak,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa JKR Sarawak telah melaksanakan pendigitalan menyeluruh serta penggunaan aplikasi inovatif bagi mencapai hasil pembangunan yang lestari.

“Selain projek SSLR2, JKR Sarawak turut memainkan peranan penting dalam menetapkan penanda aras baharu bagi pelaksanaan projek infrastruktur mampan di Sarawak dan Malaysia,” tambahnya.

JKR Sarawak mengetepikan dua finalis lain dalam kategori sama iaitu Arcadis (Australia) untuk projek Warringah Freeway Upgrade dan PowerChina ZhongNan Engineering Corporation Ltd. (China) untuk projek Ecological Highway from Detian Transnational Waterfall to Shuolong Border.

Sebanyak hampir 250 pencalonan daripada 47 negara diterima untuk Anugerah Going Digital tahun ini yang dianjurkan oleh syarikat perisian kejuruteraan infrastruktur terkemuka, Bentley Systems.

Menurut pihak penganjur, anugerah berkenaan mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam industri infrastruktur global yang terus menampilkan ketahanan dan daya cipta tinggi walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti perubahan iklim dan kekurangan tenaga kerja.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek Tenaga Sarawak–Singapura terima kelulusan bersyarat EMA
Next: Kuching Selatan sertai Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknologi Alam Sekitar UN-Habitat di Nagoya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.