Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKR Sarawak dekati komuniti luar bandar di SK Long Tuma
  • Utara
  • WILAYAH

JKR Sarawak dekati komuniti luar bandar di SK Long Tuma

Utusan Sarawak 3 weeks ago

LAWAS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak meneruskan komitmen dalam mendekati komuniti luar bandar melalui pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Tuma, hari ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Sarawak, Dr. Cassidy Morris, yang hadir bersama delegasi jabatan.

Ketibaan mereka disambut meriah oleh Guru Besar SK Long Tuma, Stephen James Noah, bersama warga pendidik serta para murid sekolah tersebut.

SK Long Tuma yang mula beroperasi sejak 1956, kini mempunyai seramai 216 murid dan 22 orang guru.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti sekolah, di samping mencerminkan keprihatinan JKR terhadap keperluan pendidikan serta kesejahteraan penduduk luar bandar.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKR Sarawak atas kesudian turun padang dan memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi sekolah-sekolah pedalaman, termasuk kekurangan kemudahan asas dan kesukaran logistik.

Melalui lawatan ini, JKR Sarawak turut berpeluang meninjau sendiri keadaan infrastruktur di SK Long Tuma, sekali gus mengenal pasti keperluan-keperluan yang wajar diberi perhatian bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PDP Batu Danau santuni mangsa banjir
Next: Awang Yusuf dilantik Pengerusi Majlis Daerah Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.