Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak buka lencongan sementara di Jalan Batu Kitang, Jalan Haji Baki
  • TEMPATAN

JKR Sarawak buka lencongan sementara di Jalan Batu Kitang, Jalan Haji Baki

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENGARAH Kerja Raya Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris meninjau kawasan bahu jalan runtuh di Jalan Batu Kitang, Jalan Haji Baki, Kuching, hari ini, bagi menilai keadaan semasa dan memastikan tindakan pembaikan dilaksanakan segera. Foto JKR Sarawak

KUCHING: Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) Sarawak akan membuka lencongan sementara satu lorong di Jalan Batu Kitang/Jalan Haji Baki kepada orang awam bermula 6.00 petang ini bagi melancarkan pergerakan trafik susulan kejadian bahu jalan runtuh di kawasan berkenaan.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris, berkata lencongan itu dibuka selepas penilaian keadaan semasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

PENGARAH Kerja Raya Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris meninjau kawasan bahu jalan runtuh di Jalan Batu Kitang, Jalan Haji Baki, Kuching, hari ini, bagi menilai keadaan semasa dan memastikan tindakan pembaikan dilaksanakan segera. Foto JKR Sarawak

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke lokasi terjejas hari ini bagi meninjau tahap kerosakan serta memastikan tindakan pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera.

Menurut beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan sepanjang tempoh lencongan sementara berkenaan.

“JKR Sarawak akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secepat mungkin bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir tidak perlu bimbang, polis pantau kawasan ditinggalkan
Next: Treler sawit terbalik, Jalan Sri Aman-Simunjan terhalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.