Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKR Miri perkukuh budaya kerja, semangat berpasukan melalui ‘retreat’ dua hari
  • Utara
  • WILAYAH

JKR Miri perkukuh budaya kerja, semangat berpasukan melalui ‘retreat’ dua hari

Utusan Sarawak 4 days ago
KERJASAMA….Salah satu kumpulan menunjukkan semangat berpasukan pada program ‘Retreat Pembinaan Pasukan & Budaya Kerja Cemerlang’ selama dua hari di salah sebuah hotel di Miri, kelmarin.

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri telah menganjurkan program ‘Retreat Pembinaan Pasukan & Budaya Kerja Cemerlang’ selama dua hari di salah sebuah hotel di sini kelmarin.

Program yang disempurnakan oleh Jurutera Bahagian, Ir. Stephen Ung Neng Hui itu disertai seramai 100 kakitangan JKR daripada pelbagai jawatan dan gred dalam usaha memperkukuh semangat kerja berpasukan serta membudayakan nilai kerja cemerlang dalam organisasi

Menurut kenyataan JKR Sarawak, antara pengisian utama program ialah sesi interaktif dan aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator jemputan iaitu Telemachus Lo.

ALBUM…Peserta program ‘Retreat Pembinaan Pasukan & Budaya Kerja Cemerlang’ anjuran JKR Miri rakam album kenangan semasa program dijalankan di sebuah hotel di Miri, kelmarin.

“Aktiviti tersebut memberi penekanan kepada nilai-nilai utama Perkhidmatan Awam Sarawak (Sarawak Civil Service – SCS) seperti Integriti, Baik Hati dan Prihatin, Profesionalisme, Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya, Semangat Berpasukan dan Berorientasikan Hasil.

“Selain itu, peserta turut diterapkan dengan elemen komunikasi berkesan, kepimpinan serta motivasi bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam kalangan warga jabatan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, penganjuran program ini diharapkan dapat menyemai budaya kerja yang positif serta mempertingkatkan komitmen warga JKR Bahagian Miri ke arah kecemerlangan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: KPKT Sarawak rancang laksana penyerahan pelan serentak secara perintis
Next: Anak buaya dua meter tersangkut pukat nelayan di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.