Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKR laksana kerja pemulihan susulan tanah runtuh, laluan dijangka dibuka Sabtu ini
  • Utara
  • WILAYAH

JKR laksana kerja pemulihan susulan tanah runtuh, laluan dijangka dibuka Sabtu ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
TINJAU LOKASI… Dr Abdul Rahman ketika meninjau perkembangan terkini kerja pemulihan tanah runtuh di Kampung Bukit Kota.

LIMBANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil tindakan segera melaksanakan kerja pemulihan susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Kota Limbang bermula semalam.

Usaha ini dilakukan bagi memastikan laluan itu dapat dibuka kepada orang ramai seawalnya Sabtu ini. 

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kerja pembersihan lokasi, pemindahan tanah runtuh serta pembentukan cerun di lereng bukit sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kawasan tersebut kembali stabil dan selamat.

Jelasnya keadaan cuaca yang baik ketika ini turut membantu mempercepatkan pelaksanaan kerja pembaikan oleh pihak JKR.

“JKR menjangkakan kerja menembok batu akan dilaksanakan, dan pada hari berikutnya, iaitu Khamis, jalan akan diturap. Proses ini dijangka mengambil masa satu hari untuk menstabilkan permukaan, dan jalan dijangka dibuka seawal Sabtu ini.”

“Ini satu tindakan yang sangat pantas oleh pihak JKR untuk memudahkan pergerakan penduduk yang mendiami di sepanjang Jalan Buangsiul ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke lokasi tanah runtuh di Kampung Bukit Kota, Limbang petang semalam. 

Menurut beliau kerja menimbun batu dijadualkan dilaksanakan hari ini sebelum kerja penurapan dilakukan esok bagi membolehkan jalan tersebut dibuka Sabtu ini.

Pada masa yang sama beberapa penduduk di kawasan terjejas sebelum ini terpaksa dipindahkan sementara waktu berikutan keadaan yang berbahaya akibat kejadian tanah runtuh.

Beliau turut memaklumkan pembukaan semula jalan tersebut dijangka dapat membantu mengatasi gangguan bekalan air yang berlaku susulan kejadian tanah runtuh pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang bersama agensi berkaitan terus memantau perkembangan kejadian tanah runtuh di Tasik Mas.

Setakat ini, kemudahan dan fasiliti di kawasan Tasik Mas masih boleh digunakan oleh orang ramai serta tidak menjejaskan keselamatan pengunjung.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BESarawak perkukuh kerjasama industri, jana impak ekonomi RM483.5 juta
Next: 1,000 pek bubur kacang diagihkan kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.