Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM Sarawak tumpu daya upaya komuniti dalam pengurusan bencana
  • Tengah
  • WILAYAH

JKM Sarawak tumpu daya upaya komuniti dalam pengurusan bencana

Utusan Sarawak 19 hours ago
SEMAWI Mohamad (kanan) menyantuni mangsa banjir di khemah pada Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS serta Kempen Pendaftaran Awal Maklumat Mangsa Bencana ke dalam Sistem InfoBencana JKM bagi Zon Tengah Sarawak di Sibu, hari ini.

SIBU: Pendekatan mendaya upayakan komuniti dalam pengurusan bencana menjadi fokus utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad berkata, penglibatan aktif komuniti setempat amat penting bagi memastikan operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, efisien dan berkesan semasa bencana.

“Pengurusan bencana tidak boleh hanya bergantung kepada satu agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan, guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS serta Kempen Pendaftaran Awal Maklumat Mangsa Bencana ke dalam Sistem InfoBencana JKM bagi Zon Tengah Sarawak di sini, hari ini.

enurutnya, melalui pendekatan itu beban tugas pegawai JKM yang terhad dapat dikurangkan, di samping memperkukuh daya tahan masyarakat menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

SEMAWI Mohamad (duduk tengah) merakam kenangan bersama agensi kerajaan serta peserta yang hadir pada Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS serta Kempen Pendaftaran Awal Maklumat Mangsa Bencana ke dalam Sistem InfoBencana JKM bagi Zon Tengah Sarawak di Sibu, hari ini.

Semawi berkata, program berkenaan juga bertujuan memantapkan kesiapsiagaan dan kecekapan petugas, agensi serta komuniti dalam menguruskan PPS mengikut Prosedur Tetap Operasi (PTO) JKM dan agensi berkaitan.

“Latih amal dan simulasi ini memberi ruang kepada peserta memahami dan mengaplikasikan tanggungjawab masing-masing, selain menilai koordinasi sebenar antara agensi semasa situasi bencana,” katanya.

Beliau memaklumkan, program tahun ini julung kali menggabungkan penyertaan daripada pelbagai Pejabat Daerah dan Daerah Kecil serta Pejabat Pendidikan Daerah dalam kawasan Zon Tengah, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai rakan strategik.

“Penyertaan menyeluruh ini mencerminkan semangat kolaboratif antara jabatan, agensi dan sektor pendidikan dalam memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan bencana di peringkat komuniti,” katanya.

Menurut Semawi, Bahagian Sibu merupakan kawasan paling terjejas di Zon Tengah pada awal tahun ini, apabila mencatat dua gelombang banjir yang memaksa pembukaan beberapa PPS bagi menempatkan lebih 1,700 mangsa.

Beliau turut menekankan kepentingan pendaftaran awal maklumat mangsa bencana melalui Sistem InfoBencana JKM dan aplikasi MyIBJKM bagi mempercepatkan proses bantuan serta memastikan ketepatan data.

“Maklumat asas penduduk dapat direkodkan lebih awal, memudahkan pengesahan identiti mangsa dan mempercepatkan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI). Saya menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk menguar-uarkan kepentingan pendaftaran awal di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan, barisan hadapan dan sukarelawan termasuk NADMA, PDRM, APM, BOMBA, ATM, KKM, KPM, RELA dan komuniti setempat atas komitmen membantu mangsa bencana.

“Pengorbanan mereka mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi dan semangat ini perlu diteruskan bagi memastikan pengurusan bencana di negeri ini lebih efisien dan berkesan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Long Bemang banjir lagi
Next: MPKS serah buku terpakai kepada lapan sekolah sekitar Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.