Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM Sarawak salur bantuan Sejambak Kasih lebih 20 tahun bantu golongan memerlukan
  • Tengah
  • WILAYAH

JKM Sarawak salur bantuan Sejambak Kasih lebih 20 tahun bantu golongan memerlukan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan semasa Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak Tahun 2026 di Rumah Makos, Lubok Debak. Foto: ADUN Saribas

DEBAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus komited membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program Sejambak Kasih yang telah berlangsung lebih 20 tahun dengan pemberian wang sumbangan RM100 serta hamper perayaan bernilai RM80 kepada penerima bantuan di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata program itu bukan sahaja diadakan sempena Hari Gawai Dayak, malah turut dilaksanakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, pelaksanaan program di semua 12 bahagian di Sarawak membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat yang terdiri daripada klien jabatan menerima manfaat dan impak positif daripada inisiatif berkenaan.

Katanya, pemberian bantuan tersebut bertujuan membantu meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persediaan menyambut perayaan selain memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan merasai suasana sambutan secara lebih bermakna.

Beliau berkata program itu juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan dan silaturahim antara pihak pejabat kebajikan dengan penerima bantuan serta komuniti setempat.

“Program ini membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira umur, agama, bangsa dan latar belakang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak Tahun 2026 di Rumah Makos, Lubok Debak, dekat sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohammad Razi memaklumkan sehingga April 2026, seramai 5,274 penerima bantuan bulanan di bawah Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong menerima manfaat daripada pelbagai skim bantuan dengan implikasi kewangan mencecah RM2.39 juta sebulan.

DATUK Mohammad Razi Sitam bersama penduduk di Rumah Makos, Lubok Debak selepas program Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak Tahun 2026. Foto: ADUN Saribas

Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas yang melibatkan kanak-kanak, golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar dan warga emas.

Beliau turut mendedahkan seramai 24,195 penerima bantuan berbangsa Iban direkodkan menerima pelbagai bentuk bantuan di seluruh Sarawak berdasarkan pecahan mengikut bahagian negeri.

Katanya, Bahagian Sri Aman mencatat jumlah penerima tertinggi iaitu seramai 4,858 orang diikuti Sibu dengan 3,129 penerima dan Kapit seramai 2,775 penerima, manakala Kuching merekodkan 2,214 penerima dan Serian sebanyak 2,165 penerima.

Selain itu, Sarikei merekodkan 1,935 penerima bantuan, diikuti Bintulu seramai 1,689 orang, Miri 1,528, Betong 1,431 dan Samarahan 971 penerima, manakala Mukah mencatat 866 penerima dan Limbang paling rendah dengan 634 penerima.

Menurut Mohammad Razi, program Sejambak Kasih turut memberi nilai tambah kepada perkhidmatan jabatan menerusi kerjasama erat antara JKM, ketua kaum, ketua masyarakat, agensi strategik dan komuniti dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus menyokong program-program kebajikan seperti itu selain menasihatkan penerima bantuan supaya memanfaatkan bantuan diterima dengan bijaksana demi meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan keluarga masing-masing.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu, PERKEP santuni pesara polis dan balu menjelang Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.