
MARUDI: Sebanyak 21 kawasan di Daerah Marudi yang terjejas banjir menerima bantuan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marudi hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA), Mirwan Shah Masri berkata penghantaran bantuan bekalan makanan tersebut menggunakan kapal bandung telah bergerak pada 11.24 pagi tadi.
Katanya, penghantaran ini dijangkakan selesai diagihkan ke seluruh kawasan yang tersenarai esok hari dengan kerjasama empat agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM), JKM, Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawasan yang terlibat banjir yang menerima bantuan bekalan makanan berkenaan, Kampung Lubok Nibong (36 pek), Rumah (Rh) Jipun Kampung Baru Tanjung Upar (34 pek), Rh Vincent Tanjung Upar (68 pek), Kampung Long Patan (16 pek), Kampung Long Panai (264 pek), Kampung Long Ukok (40pek), Kampung Long Pahlo (20 pek), Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai (22 pek), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh (38 pek) dan SK Penghulu Baya Mallang (12 pek).
Turut menerima bantuan tersebut SK Kuala Tutoh (24 pek ), Klinik Kesihatan Long Panai (6 pek), Rh Gerinang Logan Tasong (20 pek), Kampung Long Maro (106 pek), Rh Philip Tanjung Upar (38 pek), Rh Mugang Tanjung Upar (22 pek), Kampung Benawa (94 pek), Kampung Linei Bukiu (86 pek), Kampung Kula Tutoh (148 pek), SK Benawa (40 pek) dan Long Terawan (6 pek).
Oleh Jiku Jukuong