Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM Beluru agih 306 pek makanan kering kepada mangsa banjir
  • Utara
  • WILAYAH

JKM Beluru agih 306 pek makanan kering kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 days ago
PENYERAHAN bantuan bekalan makanan kering kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Long Sepeling Tinjar. Foto APM Beluru

BELURU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Beluru menghantar sebanyak 306 pek bekalan makanan kering kepada penduduk di empat kawasan yang terjejas banjir di Daerah Beluru.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beluru yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA), Mirwan Shah Masri berkata kawasan yang terjejas banjir ialah Rh Duri Endu Nanga Lait, Tinjar (156 pek makanan), Kampung Long Sepiling Tinjar (92 pek), SK Long Sepeling Tinjar (8 pek) dan Rh Labang Nanga Seridan Tinjar (50 pek).

TANGGUNGJAWAB…Empat agensi berkolaborasi menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir di Rh Labang Nanga Seridan Tinjar menggunakan bot ekspres. Foto APM Beluru

Penghantaran bekalan makanan tersebut menggunakan bot ekspres oleh lima agensi iaitu Anggota Pertahanan Malaysia (APM), Pejabat Daerah (PD) Tinjar, PD Beluru, Rela, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ).

Mirwan berkata penghantaran bantuan bekalan makanan ini dijangka selesai diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dalam sehari.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua jambatan di Sarikei siap dinaik taraf di bawah projek khas MARRIS
Next: 21 rumah di Long Jegan A rosak dilanda ribut petir dan angin kencang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.