Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JKM bantu siasatan kes bayi maut lemas dalam baldi
  • SEMASA

JKM bantu siasatan kes bayi maut lemas dalam baldi

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri ketika ditemui media selepas Majlis Ibadah Korban Peringkat Parlimen Santubong di Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut selepas ditemukan terlangkup dalam baldi berisi air di Seremban, Negeri Sembilan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, JKM Negeri Sembilan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kini dalam proses menemu bual ahli keluarga bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden berkenaan.

Menurut beliau, setakat ini siasatan masih belum dimuktamadkan kerana pihak pelindung kanak-kanak JKM masih berusaha mendapatkan maklumat lengkap daripada keluarga terbabit.

“Sebenarnya kes itu pihak kita sedang nak menemu bual keluarga sebab sebelum itu belum ada laporan. Jadi ini lebih kepada penjagaan di kalangan keluarga.

“JKM Negeri Sembilan memang insya-Allah akan membantu lebih kepada aspek psikososial dan kaunseling kerana ia melibatkan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ibadah Korban Peringkat Parlimen Santubong di Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

Nancy berkata, pihak JKM memahami situasi sensitif melibatkan keluarga menyebabkan proses temu bual agak sukar dijalankan ketika ini.

Katanya, JKM akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa selain memastikan kebajikan keluarga terlibat turut diberikan perhatian sewajarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan terlangkup di dalam sebuah baldi yang mengandungi sedikit air sabun di halaman belakang sebuah rumah di Jalan Sri Permata Ladang, Seremban.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai dijaga neneknya ketika ibu bapa keluar bekerja sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Harga runcit petrol, diesel diturunkan mulai esok hingga 3 Jun
Next: Jangan salah guna Baby Hatch, Nancy mahu pusat perlindungan bantu kurangkan masalah sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.