Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKM bantu mangsa kebakaran di Samarahan
  • TEMPATAN

JKM bantu mangsa kebakaran di Samarahan

Utusan Sarawak 2 years ago

BANTUAN... Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohamad Razi Sitam menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran, petang semalam.

KOTA SAMARAHAN: Tiga mangsa membabitkan dua keluarga yang terjejas akibat kejadian kebakaran di Pangsapuri I-Mas Village pada petang Sabtu lalu mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak di sini, semalam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohamad Razi Sitam berkata, bantuan tersebut juga disalurkan oleh Pejabat Masyarakat Bahagian Samarahan.

“Setiap mangsa menerima bantuan berjumlah RM1,650 yang disumbangkan oleh JKM.

“Antara bentuk bantuan termasuklah makanan bernilai RM150, kelengkapan tidur RM200, pakaian harian RM400, wang tunai RM200 dan peralatan dapur berjumlah RM700,” katanya kepada pemberita pada lawatan tapak, semalam.

Kejadian mengakibatkan 80 peratus dua kediaman di tingkat empat bangunan jenis pangsapuri di Lorong 4, I-Mas Village Kota Samarahan musnah dalam kebakaran sekitar 5.31 petang, semalam.

Pada masa sama, Razi berkata, pihaknya masih belum menerima laporan terperinci mengenai punca sebenar kebakaran. 

Jelasnya, menggesa agar orang ramai sentiasa peka dengan perkara ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan Ebby Hirwandy Sarbini, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Mohammed Yaakob Morshidi dan wakil Property Management I-Mas Village Apartment, Christina Jong

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Matang ambil kira pelbagai faktor – Fazzrudin
Next: PDRM tetap galas tugas sepanjang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.