Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKKK Kampung Tengah Simanggang lancar tabung bencana kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

JKKK Kampung Tengah Simanggang lancar tabung bencana kebakaran

Utusan Sarawak 17 hours ago
KETUA Kampung Kiffle Morni (tengah) semasa melancarkan Tabung Bencana Kebakaran bagi mengumpul sumbangan orang ramai di PPS Dewan Seri Lemanak, Jalan Stawang, petang tadi. Foto Adi Safarman.

SIMANGGANG: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah Simanggang telah melancarkan Tabung Bencana Kebakaran bagi mengumpul sumbangan daripada orang ramai.

Ketua Kaum Kampung Tengah, Kiffle Morni berkata, tabung tersebut telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Lemanak, Jalan Stawang bermula hari ini untuk memudahkan orang awam menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat

“Saya mewakili JKKK Kampung Tengah Simanggang berharap orang ramai dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan demi meringankan beban keluarga mangsa yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dijilat api,” katanya.

Menurut beliau, pelancaran tabung ini merupakan inisiatif segera bagi membantu keluarga yang terjejas, khususnya dari segi keperluan harian dan tempat tinggal sementara.

“Kita amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Justeru, saya menyeru masyarakat setempat mahupun luar kawasan agar tampil menyokong usaha murni ini,” tambah beliau.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.14 tengah malam tadi, empat rumah dilaporkan musnah sepenuhnya, menyebabkan 18 penghuni daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Seri Lemanak, bermula 12.00 tengah hari tadi.

Orang ramai yang ingin membantu juga digalakkan menyumbangkan barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan kelengkapan harian untuk kegunaan mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan secara langsung di PPS Dewan Seri Lemanak atau dengan menghubungi pihak JKKK Kampung Tengah menerusi talian 019-7398780 (Kiffle Morni) untuk maklumat lanjut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Aqib Enterprise tampil hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran
Next: Mangsa kebakaran terima bantuan segera daripada dua persatuan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.