Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN
  • TEMPATAN

JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Utusan Sarawak 5 years ago
RAI ULANG TAHUN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau sambil disaksikan oleh menteri lain semasa menghadiri Majlis Pelancaran Community Policing untuk JKKK dan Rukun Tetangga Peringkat Negeri Sarawak di Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam.

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terutamanya di negeri ini digesa untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam membendung musibah Covid-19 daripada merebak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, JKKK yang diperkasakan untuk melaksanakan program Kepolisan Komuniti , diminta untuk memainkan peranan dalam menjaga kawasan kampung masing-masing.

“JKKK yang berada di dalam kampung, termasuk ketua masyarakat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat mematuhi setiap garis panduan yang dikeluarkan untuk mencegah penyakit berjangkit ini.

“Sebagai contoh, jika ada individu yang diarahkan untuk kuarantin, itulah tanggungjawab ketua masyarakat untuk mengingatkan mereka supaya terus mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari di rumah dan tidak keluar ke mana-mana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Kepolisan Komunti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Katanya, kepolisan komuniti adalah umpama golongan masyarakat yang membantu pihak berkuasa seperti polis untuk menjaga rumah tangga dan kawasan kampung.

“Jika kita lihat ada sesuatu yang pelik atau individu tidak dikenali berada di kawasan kita, kita harus terus memaklumkan pihak berkuasa dan JPBN bagi mengelakkan kes merebak atau mendatangkan kesan kepada masyarkat,” ujarnya.

Beliau menegaskan masyarakat di seluruh negara kini bertempur dengan musuh yang tidak dapat dilihat.

“Selagi tiada ubat (vaksin) bagi wabak ini, selagi itu kita menggunakan pelitup hidung dan mulut, bersusun sebelum memasuki premis, menjaga penjarakan fizikal dan patuh akan garis panduan yang lain,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat sendiri untuk ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan kuarantin di rumah.

“Jika ikhlas pada diri sendiri, seseorang itu akan patuh untuk dikuarantin selama 14 hari, tidak akan keluar rumah dan jaga diri sendiri.

“Kerana jika keluar, mereka berkemungkinan akan menjangkit orang lain dan terjadinya penularan dalam kalangan kita,” katanya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
Next: Istilah JKKK dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.