Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKKK Brooke Drive Sibu anjur seminar e-Invois 7 Julai ini
  • WILAYAH

JKKK Brooke Drive Sibu anjur seminar e-Invois 7 Julai ini

Utusan Sarawak 11 months ago
JOM BELAJAR… Lim (barisan hadapan, tiga kanan)menyerahkan borang penyertaan seminar kepada komuniti peniaga di Pasar Sentral Sibu, semalam.

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Brooke Drive Sibu akan menganjurkan seminar e-Invois pada 7 Julai ini di Tingkat 2, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu.

Pengerusinya, Kapitan Lim Chui Eng berkata, seminar selama satu hari bermula 2.00 petang itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang.

Lim berkata, seminar yang bakal dianjurkan secara terbuka dan percuma itu bertujuan membantu komuniti peniaga dan penjaja susulan pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Dahulu peniaga atau penjaja kecil tidak perlu mengemukakan invois kepada LHDN, tetapi kini apabila sistem ini dilaksanakan, mereka perlu menyerahkannya setiap bulan dan akan menghadapi cabaran besar dalam mengendalikan sistem invois elektronik ini.

“Namun, LHDN akan melaksanakan invois elektronik secara berperingkat. Kami difahamkan bahawa pengendalian sistem itu akan menjadi beban kepada peniaga kecil dan penjaja yang tidak pandai menggunakan peranti elektronik. 

“Walau bagaimanapun, kami berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dan tidak menolak kemungkinan menyediakan kursus lanjut dan menyediakan kaunter melalui organisasi bukan kerajaan untuk mengajar komuniti peniagaan cara menyesuaikan diri dan menggunakan sistem baharu ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lim turut memberitahu bahawa kegagalan menyerahkan invois boleh dikenakan denda.

Justeru, beliau berpendapat seminar ini sangat perlu untuk membantu komuniti peniaga khususnya bagi mereka yang sudah berusia warga emas.

“Peniaga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan belajar menguasai sistem invois elektronik ini. Adalah penting untuk memahami dan menguasainya seawal mungkin untuk membiasakan diri dengan prosedur operasinya bagi mengelakkan denda kerana gagal menyerahkan invois elektronik seperti yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai pendaftaran dan pertanyaan lanjut mengenai seminar tersebut, Lim berkata, sesiapa yang berminat boleh menghubungi  016-8554033 secara WhatsApp.

Oleh Tarani Lanting  

Continue Reading

Previous: 135 pekebun kelapa sawit, lada terima baja
Next: 16 organisasi DUN Simanggang terima cek peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.