
LAWAS: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Banting telah menganjurkan program ibadah korban sempena Aidiladha pada Selasa lalu.
Kerja-kerja melapah dan menimbang daging korban dijalankan di kediaman Ketua Kampung, Jasni Rajudin, di Kampung Banting.
Sebanyak tiga ekor kerbau telah disembelih, dan dagingnya diagihkan kepada penduduk Kampung Banting serta penduduk di Skim Penempatan Kampung Banting, Lawas.
Ketua Kampung, Jasni, turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Amanah Khairat Kebajikan Islam Lawas serta penduduk kampung yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti melapah dan pengagihan daging korban tersebut.
Oleh Adeng Edrus