Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JKDM Sibu rungkai sindiket minuman keras, enam kontena dirampas
  • JENAYAH

JKDM Sibu rungkai sindiket minuman keras, enam kontena dirampas

Utusan Sarawak 4 hours ago

DIRAMPAS…..Enam kontena berisi minuman keras dipercayai barang larangan, dianggarkan berjumlah 104,544 liter ditemui dalam serbuan ke atas sebuah gudang tidak bernombor di Lorong Ding Lik Kwong pada Isnin lalu. Foto kredit JKDM

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ibu Pejabat dengan dibantu Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak serta Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) melakukan serbuan terhadap sebuah gudang tidak bernama di Lorong Ding Lik Kwong pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) JKDM, Siti Mang berkata, serbuan yang dijalankan sekitar 12.05 tengah hari itu membawa kepada penemuan enam kontena bersaiz 20 kaki yang diletakkan di atas treler.

“Hasil pemeriksaan terhadap kontena tersebut menemui minuman keras dipercayai barang larangan, dianggarkan berjumlah 104,544 liter.

“Pemeriksaan 100 peratus ke atas semua kontena masih diteruskan bagi mengesahkan kuantiti, nilai dan jumlah cukai terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pengimportan minuman keras tertakluk kepada Permit Import yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kastam seperti yang digariskan di bawah Butiran 67, Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Selain itu, minuman keras yang diimport juga perlu dilekatkan dengan setem cukai seperti ditetapkan di bawah Butiran Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah yang sama. Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah menyembunyikan kontena berisi minuman keras di gudang transit sebelum diedarkan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan,” tegasnya.

Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, JKDM menggesa orang ramai membantu memerangi jenayah penyeludupan melibatkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain, serta menasihatkan orang awam supaya tidak terlibat dalam aktiviti tersebut.

Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

JKDM turut menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana Pejabat Kastam terdekat. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan wanita disyaki menipu tempahan inap desa bernilai RM740
Next: Dua suspek dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.