Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JKDM Sarawak rampas barangan seludup bernilai lebih RM2.2 juta di Sibu
  • JENAYAH

JKDM Sarawak rampas barangan seludup bernilai lebih RM2.2 juta di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
HASIL RAMPASAN… Norizan (tengah sekali) menunjukan hasil rampasan rokok putih, minuman keras dan produk sejuk beku dalam tiga serbuan di lokasi berasingan di Sibu.

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas rokok putih, minuman keras dan produk sejuk beku dalam tiga serbuan berasingan di Sibu membabitkan nilai rampasan barangan dan cukai keseluruhan berjumlah RM2,267,310.69.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Norizan Yahya berkata, serbuan atas maklumat yang diterima daripada Zon Risikan lbu Pejabat, yang mana sepasukan Pegawai Kastam dari Bahagian Penguatkuasaan, Unit Operasi Darat Sibu, JKDM Sarawak telah melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan.

Menurutnya, serbuan pertama melibatkan rampasan sebanyak 1.2 juta batang rokok putih dan 3,294.72 liter minuman keras di sebuah bangunan komersil terbiar di Lorong Tunku Abdul Rahman 29A pada 30 Julai 2025, jam lebih kurang 9.30 pagi, membabitkan nilai rampasan serta cukai sebanyak RM979,206.62.

“Dalam serbuan kedua pada hari sama kira-kira 9.40 pagi, pihak JKDM telah merampas 800,000 batang rokok putih pelbagai jenama serta 4,625.28 liter minuman keras di sebuah rumah kosong di Lorong Kong Yit Khim 8A, dengan nilai rampasan serta cukai berjumlah RM703,232.38. 

“Dan dalam serbuan ketiga pada 31 Julai 2025, jam lebih kurang 8.30 pagi, pihak JKDM merampas 64,524 kilogram produk sejuk beku yang disimpan di dalam tiga kontena serta 792 liter minuman keras di sebuah gudang di Jalan Then Kung Suk, dengan nilai barang rampasan serta cukai sebanyak RM584,871.69.

“Ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1 )(d) Akta Kastam 1967 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Sibu, hari ini.

Beliau berkata, rokok, minuman keras dan produk sejuk beku dikategorikan sebagai barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, yang mana pengimportannya memerlukan atau tertakluk kepada Permit Import.

“Modus operandi pihak terbabit adalah dengan menyimpan barang-barang larangan itu termasuk di premis kosong terbiar, sebelum dijual ke pasaran tempatan,” ujarnya.

Norizan turut menggesa orang ramai membantu pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. 

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM juga menggesa kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebatang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800088-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” kata beliau lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes jenayah di Meradong menurun dari Januari hingga Julai 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.