Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JKDM Sarawak gagalkan cubaan seludup syabu bernilai RM863,108 di Lapangan Terbang Miri
  • JENAYAH

JKDM Sarawak gagalkan cubaan seludup syabu bernilai RM863,108 di Lapangan Terbang Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAMPASAN melibatkan syabu seberat 24,394 gram bernilai RM780,608 dan 220 unit kartrij cecair vape bernilai RM82,500, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM863,108. Foto JKDM

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang kastam apabila berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM863,108 dalam satu operasi di Lapangan Terbang Miri, baru-baru ini.

JKDM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, kejayaan itu dicapai hasil tindakan pantas Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Miri yang merampas 24,394 gram syabu serta 220 unit kartrij cecair vape yang disyaki mengandungi dadah sama.

Menurut kenyataan itu, rampasan melibatkan syabu seberat 24,394 gram bernilai RM780,608 dan 220 unit kartrij cecair vape bernilai RM82,500, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM863,108.

Mengulas fakta kes, pada 6 Disember 2025 kira-kira 8.07 malam, sepasukan pegawai Kastam menahan seorang lelaki tempatan bersama sebuah bagasi penumpang di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Miri.

Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi tersebut yang disaksikan Orang Yang Disyaki (OYDS) menemukan 24 bungkusan bekas produk teh berisi ketulan kristal disyaki syabu serta 220 unit kartrij cecair vape yang turut disyaki mengandungi dadah berbahaya sama.

JKDM memaklumkan, syabu merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian III, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

OYDS telah direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) akta berkenaan.

Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah jenis syabu di dalam bungkusan produk teh yang dibawa dalam bagasi penumpang bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Sehubungan itu, JKDM menggesa orang awam agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan bagi membantu pihak berkuasa membanteras jenayah tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana Pejabat Kastam terdekat, dengan jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat wanita dalam beg: Suspek utama direman tujuh hari
Next: Lelaki tempatan ditahan, disyaki miliki dadah dalam operasi khas di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.