Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JKDM gagalkan cubaan seludup ganja RM20.57 juta ke Eropah
  • JENAYAH

JKDM gagalkan cubaan seludup ganja RM20.57 juta ke Eropah

Utusan Sarawak 1 month ago
PENOLONG Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman (tengah) menunjukkan bunga ganja yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah menumpaskan penyeludupan dadah bernilai RM20.57 juta di Kompleks Kastam Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto BERNAMA

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja dengan anggaran berat 210 kilogram bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas satu dagangan di sebuah pengendali terminal kargo udara yang beroperasi di kawasan berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam bungkusan produk makanan ringan serta makanan haiwan peliharaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Dadah itu dipercayai cuba diseludup dari sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia sebelum dihantar ke destinasi terakhir di Eropah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Taufik berkata tiada penahanan dibuat susulan rampasan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. –  Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rock smashes into car on Jalan Batu Kawa
Next: RM5.7 juta nilai rampasan kayu balak, enam suspek termasuk dua warga asing ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.