Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • JK-Puspal nafi pembatalan konsert (G)I-DLE dan BamBam Live akibat tiada kelulusan
  • HIBURAN

JK-Puspal nafi pembatalan konsert (G)I-DLE dan BamBam Live akibat tiada kelulusan

Utusan Sarawak 2 days ago

PUTRAJAYA:  Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) hari ini menafikan dakwaan bahawa pembatalan konsert (G)I-DLE dan BamBam Live in Malaysia disebabkan kegagalan mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, JK-Puspal memaklumkan bahawa berdasarkan rekod, kelulusan pra-permohonan bagi penganjuran konsert tersebut telah diperoleh pada 28 April lepas.

“Keputusan pembatalan konsert ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pihak penganjur sendiri selepas mengambil kira justifikasi dan kepentingan semua pihak.

“Dalam hal ini, pihak penganjur perlu membuat persiapan rapi, termasuk mendapatkan kelulusan awal daripada pelbagai pihak berkepentingan sebelum menganjurkan sebarang konsert yang melibatkan artis antarabangsa ternama seperti ini, selaras dengan Garis Panduan Puspal (GPP),” menurut kenyataan itu.

JK-Puspal turut mengalu-alukan orang ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GPP dengan melayari laman sesawang https://portalpuspal.komunikasi.gov.my/garis-panduan-2/ atau menghubungi Puspal di talian 03-8911 5356/5384 atau e-mel ke puspal@komunikasi.gov.my.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Konsert K-Pop Big 2 Super yang menampilkan (G)I-DLE dan Bam Bam, yang dijadualkan berlangsung pada 16 Jun ini, telah dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan serta pematuhan terhadap undang-undang dan garis panduan budaya tempatan.

Susulan pembatalan itu, pihak penganjur memutuskan untuk memulangkan bayaran tiket sepenuhnya kepada pembeli.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ernie Zakri kukuhkan kedudukan di Indonesia menerusi duet ‘Kisah Penuh Kecewa’
Next: Sharwita tonjol keunikan fesyen, barangan kemas Malaysia di Cannes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.