Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JIM Sarawak tahan 35 PATI termasuk tiga suspek judi dalam talian di Bintulu
  • JENAYAH

JIM Sarawak tahan 35 PATI termasuk tiga suspek judi dalam talian di Bintulu

Utusan Sarawak 21 hours ago

SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan semasa operasi bersepadu membanteras PATI dan perjudian dalam talian di Bintulu.

BINTULU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga yang disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian, menerusi dua operasi berasingan di sekitar Bintulu hari ini.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi bersepadu itu melibatkan 32 anggota Unit Penguatkuasaan dari Bahagian Sibu, Miri dan Bintulu di bawah koordinasi Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan.

Dalam Ops Sapu pada 2.30 pagi, serbuan pertama di sebuah rumah kongsi kawasan pemprosesan kayu membawa kepada penahanan sembilan individu membabitkan enam lelaki dan tiga perempuan. 

Serbuan kedua di sebuah rumah dalam kawasan hutan berhampiran menahan 23 individu terdiri daripada 13 lelaki dan 10 perempuan.

Sementara itu, Ops Gegar yang dijalankan pada 5.00 pagi menyasarkan sebuah bangunan tiga tingkat yang dipercayai dijadikan pusat operasi ‘pusat panggilan’ perjudian dalam talian, mengakibatkan tiga warga asing ditahan.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke depot tahanan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Kejayaan operasi bersepadu tersebut membuktikan komitmen berterusan pihaknya mengekang kemasukan PATI selain membanteras jenayah siber yang menjejaskan keselamatan dan sosioekonomi negara.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujar kenyataan itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Banduan Malaysia Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura
Next: Polis tumpaskan kes pecah rumah di Kampung Tuie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.