Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JIM Sarawak tahan 24 warga asing dalam Operasi Bersepadu di Kuching, Kota Samarahan
  • JENAYAH

JIM Sarawak tahan 24 warga asing dalam Operasi Bersepadu di Kuching, Kota Samarahan

Utusan Sarawak 6 hours ago
JIM Sarawak menahan 24 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu di tujuh lokasi sekitar Kuching dan Kota Samarahan, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 24 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu di tujuh lokasi sekitar Kuching dan Kota Samarahan, semalam.

Menurut kenyataan media JIM Sarawak, operasi dikenali sebagai OPS Minyak, OPS Selera dan OPS Mahir itu dilaksanakan dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Kuching susulan aduan awam serta risikan yang dijalankan sebelum ini.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemeriksaan di bengkel jentera berat di sekitar Kampung Semeba dan Kampung Sudat, Kuching, selain kedai makan serta premis yang disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian di sekitar Muara Tuang, Kota Samarahan.

Pemeriksaan turut melibatkan beberapa premis kedai besi buruk dan barangan terpakai di sekitar Kota Samarahan bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Menurut kenyataan itu, hasil operasi berkenaan membawa kepada penahanan 24 warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Selain itu, satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut yang sedang dijalankan oleh pihak jabatan.

JIM Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Jabatan itu turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran pendatang asing tanpa izin atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.