Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JIKA DISUNTIK VAKSIN INGAT!
  • TEMPATAN

JIKA DISUNTIK VAKSIN INGAT!

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 23 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menunjukkan picagari khas Low Dead Volume (LDV) untuk kegunaan suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Institut Kanser Negara (IKN) semalam. 
—fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

JARUM SUNTIKAN… Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba menunjukkan picagari khas Low Dead Volume (LDV) untuk kegunaan suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Institut Kanser Negara (IKN) semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semasa vaksin Covid-19 yang ditunggu-tunggu dunia muncul bersama harapan untuk meletakkan titik noktah kepada pandemik itu menerusi imuniti kelompok, namun barang diingat, masih ada kelompok yang tidak digalakkan untuk mengambilnya.

Bagi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), badan yang mengambil tanggungjawab menjadi penentu kepada kebenaran untuk penggunaan vaksin itu, ada juga kumpulan yang tidak dibenarkan mengambilnya, termasuklah bagi vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dipanggil COMIRNATY.

Menurut soalan lazim (FAQ) di laman web NPRA mengenai vaksin COMIRNATY itu, penggunaannya kepada individu kurang daya ketahanan imun, pesakit autoimun, wanita mengandung atau menyusukan anak adalah tidak disyorkan. 

Ini kerana buat masa ini, bukti klinikal belum mencukupi untuk menyokong penggunaan vaksin itu di kalangan kumpulan berkenaan, namun saranan itu mungkin berubah selepas lebih banyak data klinikal diperolehi.

“Ujian klinikal vaksin COMIRNATY juga tidak melibatkan peserta di kalangan wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak… memandangkan tiada data keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin ini bagi populasi itu, pemberian itu adalah tidak disyorkan sehingga maklumat lanjut diperolehi,” kata NPRA.

Vaksin COMIRNATY juga tidak boleh diberikan kepada individu yang mempunyai reaksi alahan kepada mana-mana bahan dalam vaksin, antaranya messenger ribonucleic acid (mRNA), lipids, polyethylene glycol, potassium chloride, potassium dihydrogen phosphate, sodium chloride, disodium phosphate dihydrate dan sucrose.

Continue Reading

Previous: Jualan kraf atas talian dapat sambutan
Next: ATM dapat peruntukan RM1.5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.