Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jia Xin kekal digantung dua tahun – ADAMAS
  • SUKAN

Jia Xin kekal digantung dua tahun – ADAMAS

Utusan Sarawak 1 year ago
JIA Xin digantung daripada menyertai sebarang kejohanan bermula 2 Jun tahun lepas hingga 1 Jun 2025 selepas keputusan ADAMAS mendapati atlet berkenaan positif bahan terlarang sibutramine.

PUTRAJAYA: Hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan yang dikenakan ke atas Ngu Jia Xin dikekalkan selepas atlet lompat tinggi kebangsaan itu gagal menghadiri prosiding rayuan, 18 Mac lepas. 

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Azura Abidin berkata, tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Februari tahun lepas. 

“Dia (Jia Xin) buat rayuan tetapi disebabkan tidak hadir hari sepatutnya untuk rayuan, kita kekalkan keputusan asal dulu (tentang) penggantungan dia. 

“Kita telah berusaha menghubunginya, hantar surat, e-mel, dah buat tindakan susulan tapi tidak dapat, jurulatih pun tidak dapat kesan (di mana) dia,” katanya.

Azura bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Konfederasi Olahraga Malaysia (KOM) Datuk R Annamalai ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pengekalan hukuman ke atas Jia Xin.

Jia Xin digantung daripada menyertai sebarang kejohanan bermula 2 Jun tahun lepas hingga 1 Jun 2025 selepas keputusan ADAMAS mendapati atlet berkenaan positif bahan terlarang sibutramine. – Bernama

Continue Reading

Previous: MFL tegas, mula laksana peraturan FFP musim ini
Next: Pearly Tan-M Thinaah tidak tersenarai untuk Piala Uber 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.