Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jia Tak bangga sumbang pingat kontinjen Sarawak
  • SUKAN

Jia Tak bangga sumbang pingat kontinjen Sarawak

Utusan Sarawak 8 months ago

Ng Jia Tak. Foto UKAS

KUCHING: Empat tahun lepas, Ng Jia Tak mungkin menangisi nasibnya selepas kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya serta menghadapi cemuhan kerana kekurangan dirinya.

Namun hari ini, atlet kelahiran Kuching berusia 22 tahun itu boleh tersenyum bangga apabila berada di podium temasya Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024 selepas meraih pingat perak acara 100 meter (m) kuak lentang lelaki S9 (kecacatan fizikal).

Lebih membanggakan, ini merupakan penyertaan pertamanya di temasya dwitahunan kebangsaan itu dan pada masa sama mencetak nama sebagai penyumbang pingat buat kontinjen Sarawak.

“Saya dilahirkan normal namun terlibat kemalangan motosikal ketika menghantar adik pulang dari sekolah pada 2020. Memang kaki (kanan) tidak dapat diselamatkan dan kena potong sebab kena virus. 

“… sebulan saya duduk hospital selepas pembedahan. Memang kadangkala ada rasa sedih sebab tidak dapat macam orang biasa buat tapi saya tetap gembira dan sentiasa percaya dengan kelebihan diri. Jadi saya mula berenang hingga jadi wakil negeri,” katanya kepada Bernama di Pusat Akuatik Pandelela Rinong hari ini. 

Jia Tak mencatatkan 1 minit 36.55 saat (s) untuk berada di belakang Muhammad Safwan Suhaimi dari Selangor yang memenangi pingat emas dengan catatan 1:19.09s, melebur rekod temasya 1:20.61s milik perenang Sabah Jaflee Jikol dilakukan pada edisi lepas.

Louis Simun dari Sabah meraih gangsa dengan 1:43.02s. — BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Gloria lengkapkan sasaran tiga emas ping pong Sarawak
Next: Para SUKMA: Kurang sihat tetapi Jamal Nasir berjaya tuai emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.