Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JHS nafi dakwaan PGA pembalakan haram di Saratok
  • TEMPATAN

JHS nafi dakwaan PGA pembalakan haram di Saratok

Utusan Sarawak 3 months ago
Gambar kiri: Pegawai Penguatkuasa JHS bersama Pasukan PGA semasa serahan kes dibuat di lokasi kejadian. Gambar tengah, kayu balak yang telah dilekatkan ‘Log Production Identity (LPI)’, tanda hak milik dan tanda tukul cukai Jabatan Hutan pada hujung kayu-kayu balak tersebut, manakala gambar kanan Pegawai Penguatkuasa JHS membuat pemeriksaan ukuran kayu-kayu balak yang telah ditahan oleh Pasukan PGA di lokasi kejadian, didapati konsisten seperti yang di dalam sistem dan telah pun dibayar royalti.

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengesahkan bahawa kayu balak yang ditahan dalam Op Taring Libas di Saratok pada 19 Februari lau berasal dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran (CDC) berlesen, bukan hasil pembalakan haram seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam kenyataan media hari ini, JHS menyatakan pengesahan itu dibuat selepas pegawai penguat kuasanya dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan pemeriksaan bersama di lokasi terbabit.

“Semakan mendapati kesemua kayu balak berkenaan mempunyai tanda tukul Jabatan Hutan serta tanda hak milik yang sah, manakala rekod dalam sistem REVLOG (Sistem Pengesanan Kayu Balak dan Penghasilan Hutan)

menunjukkan bahawa kayu-kayu tersebut telah dicukai dan ukurannya konsisten,” katanya.

Semalam, BERNAMA memetik Komander Briged PGA Sarawak, SAC Dr Che Ghazali Che Awang sebagai berkata bahawa pihaknya telah menumpaskan aktiviti pembalakan haram dalam operasi tersebut dengan merampas 85 batang kayu balak serta enam kenderaan pelbagai jenis, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3.2 juta.

Che Ghazali turut menyatakan bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Bahagian Sri Aman untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Negeri Sarawak 2015.

Bagaimanapun, JHS menegaskan bahawa laporan awal itu tidak tepat kerana pemeriksaan mendapati kayu yang ditahan adalah berlesen dan sah, bukan dari kegiatan haram.

JHS menyatakan kekesalan terhadap tindakan PGA yang mengeluarkan kenyataan sebelum pengesahan rasmi dibuat, menyebabkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Laporan muka depan Utusan Sarawak hari ini bertajuk ‘Pembalakan Haram di Saratok Terbongkar’ memetik laporan BERNAMA dan kenyataan itu menyatakan laporan turut dipaparkan di Borneo Post Online bertajuk “GOF Sarawak seizes over RM4.8 mln worth of illegal logs, frozen meat in two operations”.

Menurut JHS pagi, perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pembalakan Haram Negeri  (STFIL) yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan. 

Kenyataan itu menggesa semua agensi penguatkuasaan agar membuat pengesahan terlebih dahulu dengan JHS sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media berkaitan pembalakan.

JHS berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang bagi mengelakkan kekeliruan orang awam serta menjaga kredibiliti agensi-agensi penguatkuasaan di Sarawak.

Continue Reading

Previous: Rangkuman: Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat, diraikan dalam sambutan kejutan ulang tahun
Next: Daro bakal mempunyai ‘waterfront’, siap Mac 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.