Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jeti pontun R.C Bintangor kini berwajah baharu, lebih stabil dan selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Jeti pontun R.C Bintangor kini berwajah baharu, lebih stabil dan selamat

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin, Datuk Henry Harry Jinep, Safiee Ahmad dan Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain di pontun baharu R.C Bintangor yang telah siap dinaik taraf.

BINTANGOR: Projek naik taraf jeti pontun R.C Bintangor yang menelan kos sebanyak RM3.04 juta telah diserahkan secara rasmi yang disaksikan dan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin.

Katanya, projek penggantian pontun sedia ada dan kerja-kerja berkaitan di jeti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh infrastruktur sungai demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna pengangkutan air.

“Ini adalah satu projek dibawah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) bermula pada November 2024 dan siapnya pada Disember 2025.

“Kos perbelanjaannya ialah RM3.04 juta. Jadi dengan siapnya pontun ini, boleh dikatakan ia pontun yang selamat dan senang digunapakai, tidak seperti dahulu,” katanya dalam satu sidang media, bertempat di jeti pontun baharu tersebut, hari ini.

 MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin memakaikan jaket keselamatan kepada pengguna sungai.

Dalam pada itu, katanya keselamatan menggunakan sungai sentiasa diberi keutamaan.

“Kita memerlukan juga kemudahan-kemudahan yang selamat seperti ini (pontun).

“Sebab itulah, tiga tahun lepas, apabila saya datang dan melihat keadaan pontun di sini, saya mencadangkan supaya pontun ini dibina semula.

“Saya rasa gembira hari ini kerana melihat pontun ini telah siap dan boleh digunapakai,” katanya.

Kim Shin turut menasihatkan para pengguna sungai untuk menjaga kebersihan sungai.

“Saya ingin memperingatkan kepada penduduk berdekatan, sungai ini bukan tong sampah, tolonglah jangan buang sampah sarap ke sungai ataupun ke parit.

PERASMIAN jeti pontun oleh Dato Sri Lee Kim Shin dan turut dsertai oleh Datuk Ding Koung Hiing.

“Apabila kita buang sampah sarap di parit, kerana ia mengalir ke sungai.

“Jadi, saya berharap penduduk disini, Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK), tolonglah bekerjasama memperingatkan semua penduduk, pengguna sungai, jaga kebersihan sungai,” katanya.

Beliau berharap penduduk di sekitar kawasan sungai bersama-sama menjaga kebersihan sungai.

“Kita semua faham iaitu kepentingan sungai ini untuk semua rakyat. Inilah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Harry Jinep; Pengerusi LSS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kemalangan maut di Sibu catat rekod tertinggi enam tahun, orang ramai diingat tingkat kewaspadaan
Next: Townhall Marudi: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum diberi pendedahan peranan, tatacara pentadbiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.