Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jeti Kampung Bukit Kinyau bernilai RM700,000 telah siap
  • WILAYAH

Jeti Kampung Bukit Kinyau bernilai RM700,000 telah siap

Utusan Sarawak 2 years ago
Jeti baharu Kampung Bukit Kinyau telah siap sepenuhnya dan mula digunakan penduduk kampung tersebut.

SARIKEI: Jeti simen baharu berjumlah RM700,000 untuk kemudahan penduduk Kampung Kinyau, Tanjong Manis kini siap sepenuhnya.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, projek yang dibangunkan menerusi geran Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bermula pada April tahun lalu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei.

“Jeti Bukit Kinyau baharu dibina sepanjang 70 meter. Sebelum ini, jeti lama dalam keadaan using dan mungkin tidak selamat untuk penumpang.

“Selain keadaan jeti lama yang using, penduduk juga berdepan masalah iaitu sukar menaiki bot ketika air sungai cetek.

 “Dengan adanya jeti baharu, bukan sahaja member keselesaan tetapi juga menjamin keselamatan penduduk di kawasan ini.

“Di samping itu, projek jalan dari Sarikei ke Bukit Kinyau juga telah diluluskan oleh kerajaan yang lepas bernilai lebih kurang RM90 juta. 

“Sebab kita sudah bertukar kerajaan daripada Keluarga Malaysia kepada Kerajaan Perpaduan, saya masih tercari sama ada masih ada atau tidak peruntukan tersebut.

“Jadi memerlukan sedikit waktu untuk mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis ramah tamah Aidilfitri di Dewan Serbaguna Bukit Kinyau, petang semalam. 

Selain itu, katanya, projek pembinaan jeti nelayan akan dilaksanakan di kampung tersebut. 

“Untuk makluman, lawatan tapak untuk projek pembinaan jeti nelayan Kampung Bukit Kinyau telah dijalankan dan insya-Allah projek bernilai RM50,000 ini akan dilaksanakan. 

“Ia merupakan projek mesra rakyat (PMR) saya tahun lepas. 

“Insya-Allah, dengan adanya jeti nelayan ini nanti akan memberi kemudahan kepada nelayan di kampung ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Kampung Bukit Kinyau merupakan destinasi pertama beliau dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh meraikan ramah tamah Aidilfitri bersama penduduk tempatan tahun ini.

“Alhamdulillah, kita meraikan Aidilfitri dalam keadaan yang sungguh selesa. 

“Tidak ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan isteri Datin Asiah Awai, Ketua Kaum Kampung Bukit Kinyau, Albahari Juki dan Kaunselor Misiah Abu Seman. 

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: Rakyat dinasihat kekal waspada perangi varian Arcturus  – Awang Tengah

Next: Majlis ramah tamah Aidilfitri Tanjong Manis disambut meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.