Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang F-16C terhempas di California ketika misi latihan
  • GLOBAL

Jet pejuang F-16C terhempas di California ketika misi latihan

Utusan Sarawak 2 hours ago
NAHAS pesawat berhampiran Death Valley, di San Bernardino, California pada 3 Disember. 2025.

LOS ANGELES: Sebuah jet pejuang F-16C milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas pada Rabu pagi, dan juruterbangnya sempat keluar menyelamatkan diri, lapor Xinhua.

Pada kira-kira 10.45 pagi waktu tempatan, “seorang juruterbang Thunderbirds berjaya keluar dengan selamat daripada pesawat F-16C Fighting Falcon ketika menjalani misi latihan di ruang udara terkawal,” menurut Tentera Udara AS dalam satu kenyataan.

Sarjan Tentera Udara AS Jovante Johnson dipetik oleh Los Angeles Times sebagai berkata pesawat yang terhempas itu ditugaskan kepada Thunderbirds, pasukan demonstrasi akrobatik udara yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada.

Punca kemalangan sedang disiasat, katanya dalam e-mel kepada akhbar berkenaan.

Jabatan Bomba Daerah San Bernardino California berkata pesawat itu terhempas berhampiran China Lake, sebuah komuniti yang terletak kira-kira 270km di utara pusat bandar Los Angeles.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Isu teknikal jejaskan operasi syarikat penerbangan India
Next: Dhaka catat kualiti udara paling buruk di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.