Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang Britain buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kagoshima
  • GLOBAL

Jet pejuang Britain buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kagoshima

Utusan Sarawak 16 hours ago
JET pejuang Stealth F-35 milik Britain melakukan pendaratan cemas hari ini.

KAGOSHIMA: Jet pejuang Stealth F-35 milik Britain melakukan pendaratan cemas hari ini di Lapangan Terbang Kagoshima di barat daya Jepun akibat kerosakan, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik pegawai lapangan terbang.

Beberapa penerbangan komersial melibatkan ketibaan dan pelepasan di lapangan terbang itu terjejas apabila landasan ditutup selama kira-kira 20 minit berikutan insiden itu yang berlaku sekitar 11.30 pagi, kata pegawai. Tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Britain sedang mengadakan latihan bersama dengan Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun dan tentera Amerika Syarikat dari 4 Ogos hingga Selasa depan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus
Next: Ancaman bom dilaporkan di arena gimnastik Olimpik Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.