Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jerman tidak alami tekanan di laman sendiri untuk ke final Liga Negara-Negara
  • SUKAN

Jerman tidak alami tekanan di laman sendiri untuk ke final Liga Negara-Negara

Utusan Sarawak 2 days ago

Pemain Jerman mencabar Cristiano Ronaldo dari Portugal

MUNICH: Tuan rumah Jerman menyatakan beraksi pada pusingan akhir Liga Negara-Negara di gelanggang sendiri adalah satu “keistimewaan”, sambil menolak tanggapan mereka menghadapi tekanan tambahan menjelang separuh akhir menentang Portugal di Munich, awal pagi esok.

Pemenang perlawanan di Allianz Arena, Munich itu akan bertemu sama ada juara bertahan Sepanyol atau Perancis pada perlawanan akhir hujung minggu ini di lokasi sama.

Jerman, yang menjadi tuan rumah Euro tahun lalu, menewaskan Itali pada suku akhir sekali gus memperoleh hak untuk menjadi tuan rumah bagi baki kejohanan serta mara ke empat pasukan terakhir.

Harapan Jerman untuk menjulang Euro 2024 di tempat sendiri musnah selepas tewas dalam masa tambahan kepada juara Sepanyol pada aksi suku akhir Julai tahun lalu.

Pemain tengah Leon Goretzka – yang dipanggil semula menyertai skuad selepas diketepikan daripada Euro 2024 atas faktor prestasi – menolak dakwaan pasukannya berada di bawah tekanan untuk mudah menewaskan Portugal, yang dianggap pasukan bukan pilihan.

“Saya tidak melihatnya begitu,” kata Goretzka awal pagi tadi, sambil menambah: “Saya anggap ia satu keistimewaan untuk bermain di hadapan penyokong sendiri.”

Portugal tidak pernah menewaskan Jerman sejak tahun 2000 dan tewas dalam lima pertemuan terakhir menentang Die Mannschaft.

Daripada empat pasukan akhir, Jerman merupakan satu-satunya yang belum pernah menjuarai Liga Negara-Negara, manakala Portugal, Perancis dan Sepanyol masing-masing menang pada 2019, 2021 dan 2023.

Menggelarkan kejohanan itu sebagai “mini-Euro”, Goretzka berkata “ini peluang untuk menghadiahkan negara kami satu trofi walaupun kecil.”

Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann juga beberapa kali menegaskan kempen Liga Negara-Negara kali ini merupakan komponen penting dalam persiapan menuju Piala Dunia 2026.

“Ia mungkin satu gelaran kecil tetapi bagi kami sebagai satu pasukan ia amat penting,” kata jurulatih itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Sivasangari mara ke suku akhir terbuka British
Next: Usaha berterusan martabat sukan tarik tali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.