
German Chancellor Angela Merkel looks on as she arrives at Fort de Bregancon for a meeting with French president Emmanuel Macron, in Bormes-les-Mimosas, south-east of France, on August 20, 2020. - French president Emmanuel Macron meets German Chancellor Angela Merkel to try to strengthen the understanding of the Franco-German couple on the many hot European and international issues. (Photo by Christophe SIMON / POOL / AFP)

BERLIN: Kerajaan Jerman melanjutkan skim bantuan khas bagi menampung pekerja selepas kehilangan waktu akibat pandemik Covid-19, sehingga setahun lagi.
Gabungan parti konservatif dan Demokrat Sosial di bawah pimpinan Canselor, Angela Merkel bersetuju pada Selasa, untuk membenarkan program berkenaan selama 24 bulan lagi, khusus bagi firma yang tempohnya akan tamat hujung tahun ini.
Mereka turut bersetuju membenarkan lanjutan tempoh bantuan kewangan bagi perniagaan kecil sehingga akhir tahun ini, dan meringankan peraturan insolvensi, bagi mengelakkan pengisytiharan muflis.
Program lebih pendek dikenali sebagai Kurzarbeit itu, menyaksikan kerajaan Jerman menampung sehingga dua pertiga gaji pekerja apabila tempoh perkhidmatan dipendekkan untuk menjimatkan kos.
Skim terbabit digunakan secara meluas ketika krisis kewangan 2008-2009 dan berupaya menyelamatkan puluhan ribu pekerjaan.
Program itu adalah satu daripada lima kaedah digunakan Berlin bagi melindungi ekonomi Eropah daripada kesan pandemik Covid-19, iaitu sebahagian daripada pakej sokongan bernilai 1.1 trilion euro (RM5.4 trillion).
Ketika kemuncak pandemik pada April lalu, sejumlah 6.8 juta rakyat Jerman menerima bantuan kewangan menerusi skim itu, kata agensi pekerjaan kerajaan Persekutuan.
Bagi memudahkan akses kepada program, semua menteri turut mengurangkan kriteria yang perlu dipenuhi syarikat sebelum menerima bantuan. – AFP