Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan
  • GLOBAL

Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan

Utusan Sarawak 11 hours ago

HANOVER (Jerman): Bandar Osnabruck di barat laut Jerman sekali lagi berdepan pemindahan besar-besaran akibat penemuan bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bandar itu menerusi notis singkat pada Isnin malam mengumumkan bahawa bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu akan dinyahaktifkan pada Selasa, menyebabkan hampir 20,000 penduduk perlu meninggalkan kawasan pemindahan selewat-lewatnya pada 3.00 petang (1300 GMT).

Stesen kereta api utama, Hospital St Mary dan Hospital Kanak-Kanak Kristian terletak di kawasan itu.

Menurut laporan, bom UXO itu ditemui semasa pemantauan kerja pembinaan di daerah Lokviertel di bandar itu. Sebuah pusat pemindahan dijangka dibuka pada sebelah petang di sebuah sekolah tempatan.

Ini bukan kali pertama operasi pelupusan bom telah dijalankan di daerah Lokviertel. Dua minggu lepas, sebutir bom seberat 500 kilogram dari Perang Dunia Kedua telah dinyahaktifkan di kawasan itu.

Ketika itu, 11,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berlaku gangguan pada perkhidmatan kereta api.

Pada November, Februari dan April, bom UXO dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua yang belum meletup turut dinyahaktif di Lokviertel. Sebuah daerah baharu akan dibangunkan di tapak bekas stesen kargo bandar itu, dan kerja pembinaan sering menemukan bom lama.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Suspek ditemukan mati selepasa bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap
Next: Vila Karl Lagerfeld berhampiran Paris akan dilelong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.