KUCHING: IPD Serian dan Lundu masing-masing merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 8.00 pagi ini, kedua-duanya berada dalam kategori tidak sihat.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Tebedu mencatat bacaan 179, Kuching (175), Samarahan (170), Sri Aman dan Lubok Antu masing-masing 158 serta Bintulu (108), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Sementara itu, Mukah mencatat bacaan 95, diikuti Samalaju dan Lawas masing-masing 90, Miri (86), ILP Miri (84), Sibu (80), Sarikei (79), Kapit (74), Limbang (70) dan Bario (58), kesemuanya pada tahap sederhana.




