KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian meningkat kepada 412 setakat 12.00 tengah hari ini, kekal pada tahap merbahaya.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Samarahan mencatat bacaan IPU 332, Kuching (304) dan Tebedu (302), masing-masing turut berada dalam kategori merbahaya.
Sri Aman pula merekodkan bacaan 228, diikuti Lundu (236) dan Lubok Antu (243), kesemuanya berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, Sarikei mencatat bacaan 197, Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159), ILP Miri (156), Lawas (114) dan Bario (121), kesemuanya berada dalam kategori tidak sihat.
Limbang pula merekodkan bacaan IPU 97, berada pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap merbahaya.
Oleh Adele Rissa




