KUCHING: Jerebu rentas sempadan terus memberi kesan terhadap kualiti udara di Sarawak apabila tujuh kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 12.00 tengah hari ini.
Berdasarkan data IPU Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), tujuh kawasan berkenaan ialah Serian dengan bacaan IPU 463, Tebedu (409), Lubok Antu (387), Lundu (381), Kuching (343), Samarahan (334) dan Sri Aman (330).
Sementara itu, Sarikei merekodkan IPU 277, Sibu (228) dan Mukah (220), masing-masing pada tahap sangat tidak sihat.
Kapit merekodkan IPU 163, Samalaju (184), Bintulu (166), Miri (170), ILP Miri (170), Limbang (160), Lawas (141) dan Bario (118), kesemuanya pada tahap tidak sihat.
Kesemua 18 stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU melebihi 100 setakat 12.00 tengah hari ini.
Oleh Masrin Affirah





