Jerebu makin memburuk, IPU Lubok Antu cecah 210

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 4.00 petang. Sumber NREB

KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak, iaitu 210, sekali gus dikategorikan sebagai sangat tidak sihat setakat 4.00 petang ini.

Berdasarkan bacaan terkini, empat kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu Samarahan dengan IPU 158, Sri Aman (157), IPD Serian (156) dan Lundu (156).

Sementara itu, 13 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana. Tebedu mencatat bacaan 95, diikuti Kuching (88), Bintulu (86), Sarikei (85), Samalaju (83) dan ILP Miri (77).

Miri dan Mukah masing-masing mencatat bacaan 72, diikuti Sibu (70), Lawas (66), Kapit (65), Bario (60) dan Limbang (58).

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat.

Tahap sangat tidak sihat boleh memburukkan keadaan kesihatan dan mengurangkan toleransi terhadap aktiviti fizikal, khususnya dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, selain turut menjejaskan kesihatan awam.

IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.

Lubok Antu tertinggi, IPU 182 pagi ini

KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 182, sekali gus berada dalam kategori tidak