Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jerebu kebakaran hutan di Riau mula merebak ke Malaysia
  • GLOBAL

Jerebu kebakaran hutan di Riau mula merebak ke Malaysia

Utusan Sarawak 8 hours ago

Kawasan kebakaran di Karya Indah, Riau. Foto Wahyudi /AFP.

PEKANBARU: Jerebu akibat kebakaran hutan di wilayah Riau sudah merentasi sempadan Malaysia, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, semalam.

Pegawai Stesen BMKG Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru, Bibin S berkata, jerebu dikesan bergerak ke arah timur laut, melintasi sempadan dan sampai ke Teluk Kemang di Malaysia.

“Berdasarkan peta penyebaran jerebu, asap bergerak ke arah Malaysia, walaupun kita tidak dapat menyatakan secara terperinci kawasan mana di Malaysia terjejas,” kata Bibin dilaporkan Jakarta Globe.

Corak angin dominan merentasi Sumatera dan kawasan sekitarnya, bertiup dari tenggara-selatan ke arah barat laut-timur laut, telah mempercepatkan pergerakan jerebu melepasi sempadan Riau. 

Kawasan di utara Riau dan perairan bersebelahan turut mengalami kesan langsung daripada jerebu.

Pada Sabtu, BMKG mengesan 259 titik panas menunjukkan kebakaran hutan dan tanah di seluruh Riau. 

Jumlah tertinggi ditemui di daerah Rokan Hulu dengan 107 titik panas, diikuti 95 di Rokan Hilir. Titik panas tambahan dikesan di Bengkalis (5), Kampar (10), Pelalawan (7), Kuantan Singingi (2), Indragiri Hulu (1), Siak (15), dan Kota Dumai (17).

Data visual yang dikeluarkan oleh BMKG menunjukkan jerebu merebak dari kawasan panas merentasi beberapa wilayah di Riau, yang disyaki menjadi punca utama asap.

Continue Reading

Previous: 10 maut, sembilan lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh
Next: Putera Al-Waleed Khalid mangkat selepas 20 tahun koma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.