Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jerebu di Samalaju: Jarak penglihatan terhad, IPU catat bacaan sederhana
  • Utara
  • WILAYAH

Jerebu di Samalaju: Jarak penglihatan terhad, IPU catat bacaan sederhana

Utusan Sarawak 13 hours ago

FENOMENA JEREBU… Keadaan berjerebu dikesan melanda kawasan Taman Perindustrian Samalaju pagi ini dengan jarak penglihatan sekitar 400 hingga 500 meter.

SAMALAJU, Bintulu: Keadaan berjerebu dilaporkan melanda kawasan Taman Perindustrian Samalaju hari ini, dengan jarak penglihatan dianggarkan sekitar 400 hingga 500 meter.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati fenomena jerebu mula dikesan seawal 6.30 pagi sepanjang perjalanan dari Bekenu menuju ke Samalaju, khususnya di laluan Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu yang dilitupi kabus jerebu tebal.

Namun, tiada sebarang tanda pembakaran terbuka atau kebakaran besar dikesan sepanjang laluan tersebut.

Setibanya di Samalaju sekitar 7.30 pagi, keadaan jerebu dilihat berada pada tahap sederhana dan tidak menjejaskan aktiviti harian secara ketara.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar di kenyataannya pada Rabu lalu (23 Julai) berkata, cuaca kering dan tiupan angin dari luar negara menjadi punca utama penurunan kualiti udara, walaupun bacaan masih berada dalam tahap sederhana.

Katanya, data satelit NOAA-20 yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) menunjukkan sebanyak 42 titik panas dikesan di Sumatera, 91 di Kalimantan, dan 13 di dalam negara, termasuk 11 di Sarawak.

“Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) Rabu lepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 8.00 pagi menunjukkan kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak masih berada pada paras sederhana.

“Pemilik tanah perlu memantau kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kejadian pembakaran terbuka sama ada secara sengaja atau tidak”, tegasnya.

Sehubungan itu, bahawa bacaan IPU yang direkodkan di kawasan Samalaju pada hari tersebut ialah 68, iaitu dalam kategori sederhana.

Pihak berkuasa alam sekitar menasihatkan orang ramai agar menghadkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah teruk, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 31 peserta dari Sarikei, Julau dan Pakan hadiri program kesedaran keselamatan
Next: Program Hari Santai dan Poco-Poco perkukuh hubungan staf, keluarga dan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.