Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jerayawara Sarawak Lestari platform didik masyarakat jaga alam sekitar
  • Tengah
  • WILAYAH

Jerayawara Sarawak Lestari platform didik masyarakat jaga alam sekitar

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAM KENANGAN… Safiee Ahmad (duduk tengah) merakam kenangan bersama peserta yang hadir pada Jerayawara Sarawak Lestari baru-baru ini. Foto UKAS

DARO: Jerayawara Sarawak Lestari dilihat sebagai platform penting untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk tindakan iklim, penggunaan air bersih, dan pemeliharaan kehidupan di darat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berkata program itu bertujuan memperkukuh kesedaran komuniti serta memberi peluang penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

“Program ini juga menyediakan platform bagi mengumpul maklum balas dan data yang boleh digunakan untuk memperkukuh intervensi kerajaan dalam usaha mencapai pembangunan mampan,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Jerayawara Sarawak Lestari selari dengan komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan agenda Sarawak Lestari, yang menekankan penyertaan inklusif daripada seluruh komuniti.

Safiee menegaskan pendidikan alam sekitar perlu dipertingkatkan dan menjadi tanggungjawab bersama bagi menjayakan agenda pembangunan mampan yang memberi kesan langsung kepada komuniti tempatan dan global.

Program dua hari itu menyaksikan pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menarik penyertaan penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Antara pengisian utama ialah sesi aerobik seawal 6.45 pagi, gotong-royong di Taman Permainan Daro, ceramah dan bengkel Sarawak Lestari, Kempen Kitar Semula, Kempen Derma Darah serta pertandingan fesyen berasaskan konsep 3R.

Selain itu, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut diadakan bagi memberi maklumat secara langsung kepada pengunjung mengenai usaha kelestarian dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Program seumpama ini diyakini mampu menyemai kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar serta memupuk budaya tanggungjawab bersama terhadap pembangunan mampan di peringkat akar umbi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kursus pembuatan roti buka peluang jana pendapatan
Next: Polis ingatkan pemandu ikat muatan kukuh susulan insiden di Jalan Tulai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.