Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Jerayawara i-CATS bakal berkampung di Saratok 13 Jun ini
  • PENDIDIKAN

Jerayawara i-CATS bakal berkampung di Saratok 13 Jun ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHAMAD Duri menghadiri Mesyuarat Persediaan Jerayawara Kolej Universiti i-CATS Tahun 2026 di Daerah Saratok yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka.

SARATOK: Jerayawara Kolej Universiti i-CATS Tahun 2026 bakal berlangsung di Saratok pada 13 Jun ini sebagai usaha memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program berkenaan dianjurkan oleh Kolej Universiti i-CATS dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok serta Pusat Khidmat ADUN Kalaka.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan belia mengenai peluang pendidikan tinggi, pembangunan kemahiran serta laluan kerjaya yang tersedia di Sarawak.

MOHAMAD Duri menghadiri Mesyuarat Persediaan Jerayawara Kolej Universiti i-CATS Tahun 2026 di Daerah Saratok yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Persediaan Jerayawara Kolej Universiti i-CATS Tahun 2026 di Daerah Saratok yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid dan membincangkan pelbagai aspek pelaksanaan program bagi memastikan kelancarannya.

Mohamad Duri berkata, program itu juga menjadi platform interaksi antara pelajar, belia dan ibu bapa dalam mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan tinggi serta bidang latihan kemahiran yang semakin mendapat permintaan industri.

Katanya, antara sasaran utama program kali ini ialah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok, SMK Bahasa Malaysia Saratok, Kolej Tingkatan Enam Saratok, SMK Kalaka, SMK Kabong dan SMK Agama Saratok.

Antara pengisian utama program ialah pengenalan kepada Kolej Universiti i-CATS, taklimat mengenai Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), penerangan laluan pendidikan serta bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran fakulti, demonstrasi projek pelajar serta pameran teknologi melibatkan peralatan robotik dan aeroangkasa yang dibangunkan oleh pelajar institusi berkenaan.

Program itu juga akan menampilkan demonstrasi kulinari inovasi makanan oleh pelajar i-CATS selain membuka kaunter pertanyaan dan pendaftaran kemasukan bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat secara terus.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut, Timbalan Naib Canselor (Industri dan Penglibatan Komuniti), Ts. Dr. Leo Sing Lim; Pengarah Institut Borneo bagi Makanan dan Agroindustri Mampan, Dr. Kopli Bujang; Pengarah Institut Borneo bagi Makanan dan Agroindustri Mampan, Ts. Dr. Muhammad Norhelmi Ahmad; Pengarah Penglibatan dan Endowmen, Profesor Madya Jong Tien Kiong; serta ketua-ketua jabatan dan ketua masyarakat Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pustaka Negeri Sarawak Miri bakal anjur Knowledge Camp 2026 di Bintulu
Next: Sarawak perkukuh modal insan menerusi kerjasama MASA, Universiti Melbourne

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.