Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun tingkat pemantauan siber bagi bendung tinggal lebih masa, pekerjaan haram
  • GLOBAL

Jepun tingkat pemantauan siber bagi bendung tinggal lebih masa, pekerjaan haram

Utusan Sarawak 4 hours ago
JEPUN tingkat pemantauan siber bagi bendung tinggal lebih masa, pekerjaan haram. Foto hiasan.

TOKYO: Pihak berkuasa imigresen Jepun merancang memperketat penguatkuasaan terhadap warga asing yang tinggal melebihi tempoh visa dan bekerja secara haram dengan memantau media sosial serta platform lain bagi mendapatkan maklumat dan petunjuk, lapor Kyodo News.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha negara itu untuk mengurangkan jumlah individu yang tinggal lebih masa ketika Jepun menerima lebih ramai pekerja asing susulan kekurangan tenaga kerja.

Seawal tahun depan, Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun merancang menggunakan alat analitik untuk mengenal pasti maklumat dalam talian berkaitan pekerjaan haram, termasuk pelawaan kerja dalam pelbagai bahasa asing, selain menubuhkan unit khas bagi pemantauan siber.

Menurut data agensi itu, Jepun merekodkan sekitar 68,000 pendatang asing tanpa izin setakat Januari, berkurangan sekitar 6,000 orang berbanding setahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada program menyasarkan individu yang tinggal lebih masa, agensi itu turut menyasarkan tindakan terhadap majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa visa sah. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Tiga maut, 19 hilang akibat hujan lebat di Chongqing, barat daya China 
Next: Gempa bumi 5.0 skala Richter landa Mindanao, Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.