
TOKYO: Wabak baharu demam babi Afrika (ASF) disahkan di sebuah ladang di Wilayah Miyazaki iaitu kes ketiga dilaporkan di Jepun tahun ini, menurut Kementerian Pertanian pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, wabak itu berlaku di sebuah ladang ternakan di Bandar Miyakonojo, yang menempatkan sekitar 5,500 ekor babi.
Pihak berkuasa tempatan menerima laporan daripada ladang itu pada Rabu dan menjalankan pemeriksaan di lokasi.
Ujian genetik seterusnya oleh makmal kebangsaan mengesahkan kehadiran wabak ASF.
Kementerian itu memaklumkan semua babi di ladang yang terjejas akan dimusnahkan, dibakar dan ditanam.
Pasukan penyiasat epidemiologi juga akan dihantar untuk mengesan punca jangkitan manakala langkah seperti nyah kuman dan menghalang haiwan liar daripada memasuki ladang akan diperkukuh. – Bernama