
JEPUN: Gelombang tsunami setinggi 1.3 meter (4.3 kaki) telah sampai ke sebuah pelabuhan di wilayah Iwate, utara Jepun pada jam 1:52 tengah hari (0452 GMT), menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Agensi Meteorologi Jepun masih mengekalkan amaran tsunaminya, dengan jangkaan ombak setinggi sehingga tiga meter (9.8 kaki) di sepanjang pantai Pasifik Jepun, susulan gempa bumi bermagnitud 8.8 di luar pesisir Semenanjung Kamchatka, Rusia. – AFP