Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Jepun, Malaysia sedia cipta ekosistem angkasa lestari bersama bagi masa depan lebih baik
  • TEKNOLOGI

Jepun, Malaysia sedia cipta ekosistem angkasa lestari bersama bagi masa depan lebih baik

Utusan Sarawak 2 days ago
AGENSI Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) 

KUALA LUMPUR:  Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.

Usaha itu dengan matlamat menangani cabaran utama masyarakat di kedua-dua negara sambil bekerjasama menuju masa depan yang lebih baik.

Pengarah Pejabat Bangkok, Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) Nakamura Takehiro berkata cita-cita bersama ini berasaskan hubungan kerjasama yang berdekad lamanya di antara JAXA dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Katanya, kerjasama yang terbaharu pula diperkukuhkan melalui memorandum kerjasama (MoC) pada 2023.

“JAXA berbangga dapat menyumbang kepada visi bersama ini dengan memajukan penyelidikan dan aplikasi data berasaskan angkasa, menyokong keupayaan pembangunan satelit serta menyediakan kepakaran teknikal dan kerjasama untuk mengukuhkan ekosistem angkasa negara.

“Inisiatif ini termasuk sokongan aktif terhadap strategi nasional jangka panjang seperti Program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030).

“Di bawah dasar ini, Malaysia berhasrat untuk meletakkan sektor angkasanya sebagai pemangkin utama daya saing, kedaulatan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dasar MSE2030 direka untuk mengurangkan kos, memperbaiki penyampaian perkhidmatan dan memacu inovasi merentas sektor termasuk pertanian, pembuatan, pembinaan, pengurusan alam sekitar dan perlombongan dengan memanfaatkan teknologi angkasa untuk menyokong pembangunan negara.

“Pemeteraian MoC di antara JAXA dengan MYSA menandakan langkah penting ke hadapan dalam menyokong pelaksanaan serta mengukuhkan kerjasama dua hala yang semakin erat di antara Jepun dengan Malaysia melalui aktiviti angkasa,” katanya.

Takehiro turut menekankan potensi kukuh kerjasama dua hala tersebut yang dipamerkan semasa acara Technomart Malaysia-Jepun: Kerjasama Teknologi Angkasa yang diadakan di Pavilion Malaysia semasa Expo 2025 Osaka pada 15 Mei 2025.

Technomart bukan sekadar pameran keupayaan sebaliknya ia merupakan platform strategik yang direka untuk mempromosikan hasil perniagaan yang ketara merentas pelbagai sektor.

Antaranya termasuk teknologi, produk, perkhidmatan dan penyelesaian dalam pemerhatian Bumi berasaskan satelit yang bertujuan menangani cabaran sosial; pembangunan dan pembuatan satelit kecil; perkhidmatan pelancaran roket dan infrastruktur tapak pelancaran untuk penempatan satelit serta usaha-usaha baharu dalam penerokaan bulan.

 “Semasa Malaysia terus melabur dalam asas industri dan membangunkan bakat yang bersedia untuk masa depan serta Jepun berusaha untuk mengejar kerjasama antarabangsa yang lebih mendalam, kedua-dua negara berada pada kedudukan yang baik bagi menerajui gelombang inovasi angkasa yang seterusnya.

“Kedua-dua negara juga menangani cabaran sosial serantau berdasarkan kerjasama, teknologi dan kepercayaan serta bekerjasama ke arah masa depan yang makmur bersama,” kata Takehiro.– Bernama

Continue Reading

Previous: Jemaah haji terima ubat lebih cepat hasil teknologi dron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.