MOSCOW: Kerajaan Jepun meluluskan pelan tindakan pertama negara itu mengenai dasar angkasa, dengan memperuntukkan penggunaan ruang yang mampan dan selamat diperluas demi kepentingan keselamatan negara, serta mewujudkan syarat bagi pembangunan aktif industri angkasa lepas, lapor Sputnik.
Di bawah Inisiatif Keselamatan Angkasa, yang diterima pakai pada mesyuarat Ibu Pejabat Strategi Pembangunan Angkasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Jepun merancang untuk menyertai Pusat Operasi Angkasa Bersama yang diketuai AS, yang turut melibatkan United Kingdom, Kanada dan Australia, untuk meningkatkan keupayaan menghalang peningkatan ancaman di angkasa lepas.
Tokyo juga berhasrat untuk meningkatkan pengumpulan data dengan rangkaian satelit kecil dan meningkatkan kerjasama antara Kementerian Pertahanan Jepun dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa, serta kerjasama Jepun dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk mengukuhkan kecekapan tindak balas dan mewujudkan peraturan global mengenai penggunaan ruang angkasa. -Bernama-Sputnik