Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun keluar amaran tsunami bagi Utara, Timur Laut selepas gempa 6.7 skala Richter
  • GLOBAL

Jepun keluar amaran tsunami bagi Utara, Timur Laut selepas gempa 6.7 skala Richter

Utusan Sarawak 5 hours ago

TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori, lapor Kyodo.

Agensi Meteorologi Jepun berkata pantai Pasifik di Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa yang melanda sekitar 11.44 pagi (waktu tempatan) di bahagian timur Aomori pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.

Gempa bumi itu berlaku empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pantai timur Aomori pada Isnin, mendorong agensi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Suspek pembunuhan Charlie Kirk hadir di mahkamah AS
Next: Washington arah 100,000 penduduk berpindah ketika banjir landa sungai Skagit, Snohomish

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.