Jepun catat tsunami 80 cm selepas gempa bumi kuat

Facebook
WhatsApp
TSUNAMI setinggi 80cm direkodkan di Kuji, Iwate; ombak 3 meter diramal di utara Jepun.

TOKYO: Jepun merekodkan gelombang tsunami setinggi 80 sentimeter (cm) yang melanda sebuah pelabuhan di utara negara itu hari ini susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

JMA memaklumkan, gelombang tersebut direkodkan pada 5.34 petang waktu tempatan (0834 GMT) di pelabuhan Kuji, wilayah Iwate.

Sebelum itu, agensi berkenaan melaporkan gelombang setinggi 70 sentimeter telah melanda lokasi sama pada 5.32 petang.

-AFP

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis Syabu, semalam. Ketua Polis