Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun catat penurunan penduduk tertinggi sejak 1950
  • GLOBAL

Jepun catat penurunan penduduk tertinggi sejak 1950

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ORANG ramai berjalan melalui kawasan pejalan kaki popular antara kedai dan restoran di tengah Osaka, Jepun baru-baru ini. Foto AFP

TOKYO: Penduduk Jepun menurun kepada 120.3 juta setakat Oktober 2024, menurut data rasmi yang diumumkan hari ini, sekali gus mencatatkan penyusutan rekod sebanyak 898,000 orang berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan penurunan tahunan tertinggi sejak kerajaan mula mengumpul data pada 1950, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jepun.

Kadar kelahiran di Jepun merupakan antara yang terendah di dunia, trend yang menyebabkan penyusutan tenaga kerja, pengurangan bilangan pengguna serta kesukaran merekrut pekerja dalam kalangan syarikat tempatan.

Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi berkata kerajaan sedang berusaha membantu golongan muda yang ingin membina keluarga tetapi terhalang atas faktor ekonomi.

“Kami faham bahawa kadar kelahiran yang semakin menurun ini berlaku kerana ramai yang ingin mempunyai anak tidak mampu merealisasikan impian mereka,” katanya dalam satu sidang media berkala hari ini.

Jumlah penduduk Jepun, termasuk warga asing, turut mencatatkan penyusutan seramai 550,000 orang yang berjumlah kepada 123.8 juta penduduk. Ia merupakan penurunan tahunan untuk tahun ke-14 berturut-turut sekali gus menunjukkan kegagalan negara menangani isu penurunan populasi secara berkesan.

Sementara itu, ramai golongan muda Jepun menangguhkan perkahwinan dan kelahiran anak atas pelbagai sebab, termasuk ketidaktentuan dalam pasaran kerja serta perubahan nilai sosial yang semakin kurang menekankan kepentingan berumahtangga.

Bagi menangani kekurangan tenaga kerja, Jepun telah membuka ruang kepada golongan muda asing, namun dasar imigresen negara itu kekal ketat, dengan hanya membenarkan kemasukan pekerja asing secara sementara.

Menurut Hayashi, kerajaan kini sedang berusaha meningkatkan kadar upah golongan muda dan pada masa sama menyediakan sokongan kepada rakyat yang ingin membesarkan anak.

“Kami akan melaksanakan langkah-langkah menyeluruh bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mana sesiapa sahaja yang ingin mempunyai anak dapat melakukannya dan membesarkan mereka dengan rasa tenang dan selamat,” katanya lagi. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia pertimbang tingkat import dari AS
Next: Dubai kekal gelaran lapangan terbang paling sibuk dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.