Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun catat musim luruh terpanas sejak 126 tahun lalu
  • GLOBAL

Jepun catat musim luruh terpanas sejak 126 tahun lalu

Utusan Sarawak 5 months ago

Jepun merekodkan musim luruh terpanas sejak pengumpulan data bermula 1898. - Foto AFP

TOKYO: Jepun merekodkan purata suhu bagi tempoh tiga bulan sejak September lalu tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, suhu dicatatkan adalah 1.97 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa menjadikannya musim luruh terpanas sejak 126 tahun lalu.

Antara September hingga November, suhu di Tokyo mencapai 2.4 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa, 2.9 darjah Celsius lebih tinggi di bandar Nagoya dan 1.2 darjah Celsius lebih panas di bandar Sapporo.

Keadaan cuaca itu menyebabkan musim luruh di Jepun tertunda yang lazimnya musim berkenaan menarik pelancong untuk menyaksikan daun berubah warna menjadi merah dan kuning cerah.

Di Kyoto, sebuah syarikat kereta api yang terkenal dengan perkhidmatan kereta api melalui hutan pokok maple yang diterangi pada waktu malam, melanjutkan jadual operasinya kerana warna daun tidak berubah seperti kebiasaan.

Agensi Meteorologi Jepun berkata waktu terbaik untuk menyaksikan musim luruh di Tokyo adalah sekitar 5 Disember, manakala di Osaka pada 9 Disember menyebabkan kedua-duanya lebih lewat daripada biasa.

Menurut saintis, Jepun juga mencatat musim panas paling panas bersama rekod sebelumnya apabila gelombang haba melampau berpunca daripada perubahan iklim yang melanda banyak bahagian di seluruh dunia.

Puncak salji di Gunung Fuji turut mencatat rekod terpanjang tidak muncul tahun ini dan hanya kelihatan pada awal November berbanding purata awal Oktober.

Pakar sains iklim meramalkan 2024 hampir pasti menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.

Sementara itu, Biro Cuaca Australia mendakwa, Australia juga mencatatkan musim bunga terpanas dalam sejarahnya dengan mencatatkan suhu 2.08 darjah Celsius di atas purata.

Rekod musim bunga terpanas Australia sebelum ini yang berlangsung antara September dan November di Hemisfera Selatan direkodkan pada 2020. – AFP

Continue Reading

Previous: 100 maut pergaduhan meletus ketika perlawanan bola sepak
Next: PM Singapura dijangkiti COVID 19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.